Friday, October 17, 2014

Posted by jinson on 5:04 PM No comments

Sabda Nabi s.a.w.,
"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."...

Sebab itulah, orang berniaga hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya.


Islam menyukai bidang perniagaan. Ianya adalah sumber keuntungan yang diharuskan oleh syara'. Al-Qur'an sendiri menamakan menuntut atau mencari rezeki dengan jalan perniagaan itu sebagai mencari sebahagian daripada kurnia Allah. Firman Allah:

    Tafsirnya: "Mereka mencari sebahagian kurnia Allah."
    (Surah al-Muzzammil:20)





Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."


    Kesimpulannya,  peniaga yang bersama-sama para nabi, siddiqqin serta syuhada'  itu ialah peniaga yang tidak dilalaikan oleh  perniagaannya, sentiasa menunaikan kewajipan-kewajipan agamanya, mengeluarkan zakat perniagaan, tidak menahan atau mengumpul barang-barang perniagaan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal, tidak menaikkan harga dengan sewenangnya, tidak menipu, tidak bersumpah bohong semata-mata untuk melariskan barang-barang jualan serta tidak menjual barang-barang yang tidak halal.
    Semoga dengan irsyad yang diberikan, para peniaga khususnya, bukan hanya akan memperolehi keuntungan, malahan mendapat rezeki yang berkat dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.........Wallahualam

    Wassalam.....


0 comments:

Post a Comment